Tuesday, 19 September 2017

STUDENTS - PT3 - BAHASA MALAYSIA ( KARANGAN)

Karangan PT3

Surat Kiriman Rasmi:
1. Memohon Kemudahan Pengangkutan Awam 
2. Permohonan Untuk Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Negara 

Surat Kiriman Tidak Rasmi:
1. Perpindahan Rumah
2. Mengajak kawan untuk mengikuti kelas tuisyen

Ucapan:
1. Upacara Keraian 
2. Ucapan dalam Majlis Anugerah Cemerlang (Juara Nilam)

Syarahan:
1. Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara 

Ceramah:
1. Langkah-langkah Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar

Laporan:
1. Laporan tentang Punca-Punca Pelajar Kurang Berminat Menggunakan Perpustakaan Sekolah

Berita:
1. Rompakan di Pasar raya

Perbualan/Dialog:
1. Aktiviti selepas PT3

Wawancara:
1. Temu ramah Dato' Lee Chong Wei

Rencana
1. Kes Penderaan Kanak-kanak
2. Peranan Remaja dalam Menjaga Kemudahan Awam

Fakta:
1. Faktor-faktor Remaja Terjebak Dalam Isu Buli
2. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya 

Perbincangan:
1. Punca-punca Berlakunya Gejala Pembuangan Bayi
2. Peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga

Perbahasan:
1. Buah-buahan Tempatan Mampu Bersaing dengan Buah-buahan yang Diimport 

Pendapat:
1. Punca-punca Isu Perkauman
2. Langkah Keselamatan Semasa Jerebu 

Peribahasa:
1. Jika tidak dipecah ruyung,di mana boleh mendapat sagu
2. Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya

Keperihalan/cereka:
1. Kebakaran

PERBINCANGAN

Punca-punca berlakunya gejala pembuangan bayi

Gejala pembuangan bayi kini kian kerap berlaku dalam kalangan masyarakat belakangan ini.
Bincangkan punca-punca berlakunya gejala tersebut.

      Akhir-akhir ini,berita tentang gejala pembuangan bayi dapat diperhatikan pada dada akhbar.Gejala ini telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian masyarakat dan media massa.Menularnya gejala ini mendatangkan pelbagai kesan negatif.Antaranya ialah mencemarkan maruah keluarga dan negara.Apakah punca-punca berlakunya gejala pembuangan bayi ini ?
     Salah satu puncanya ialah kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa.Dalam dunia masa kini , setiap manusia sibuk mengejar kemewahan, ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Kesan daripada itu ialah mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Akibat daripada kesibukan mereka,mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan ..Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.Anak-anak rasa seolah-seolah diabai dan tertekan dengan keadaan mereka.Akibatnya,mereka mencari jalan keluar  dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang kepada mereka.
     Selain itu,kekurangan didikan agama juga menjadi punca utama berlakunya gejala pembuangan bayi.Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini.Semua agama menyuruh penganutnya berbuat baik dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak bermoral.Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
      Tambahan pula,pengaruh media massa juga menjadi punca berlakunya gejala tersebut.Remaja mudah terjebak dengan laman web pornografi yang dapat meracuni fikiran remaja.Stesen televisyen pun seringkali menayangkan filem-filem barat yang mendapat sambutan daripada penonton.Lazimnya,budaya barat selalu bertentangan dengan amalan budaya Timur.Filem-filem barat selalunya memaparkan unsur-unsur cinta dan seksual yang terlampau.Filem-filem tersebut meracuni fikiran penonton-penonton yang tidak matang.Remaja yang bersifat suka meniru apa sahaja yang dipaparkan kepada mereka mudah terpengaruh dengan  mencontohi aksi filem tersebut.
     Di samping itu,pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca gejala pembuangan bayi.Remaja pada masa ini lebih rapat dengan rakan sebaya mereka daripada ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata manis rakan sebaya.Mereka mendengar apa-apa sahaja kata-kata rakan mereka seperti kerbau dicucuk hidung.Sesetengah remaja juga berasa cemburu melihat rakan-rakan mereka ada teman lelaki.Perilaku pasangan bercinta yang dikaitkan dengan keindahan menyebabkan mereka mudah lalai dengan bisikan nafsu walaupun pada awalnya hanya sebagai cara menunjukkan kasih sayang. Hal ini menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang dalam kalangan pasangan bercinta dan berterusan menyebabkan berlakunya seks bebas.
     Gejala pembuangan bayi bukan sahaja dalam kalangan pasangan yang belum berkahmwin malah turut melibatkan pasangan yang telah berkahwin.Sesetengah pasangan berkahwin muda yang masih belum matang berasa mereka tidak memerlukan bayi.Mereka berasa tertekan dengan beban untuk  mengasuh bayi. Pasangan muda ini mengambil jalan mudah dengan cara membuang bayi mereka .Sestengah ibu bapa membuang bayi yang cacat  fizikal kerana  berasa malu untuk menjaga anak yang cacat .
     Konklusinya,gejala pembuangan bayi merupakan perkara yang paling hina dan memalukan.Oleh yang demikian,ibu bapa perlu sentiasa mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama supaya tidak terlibat dalam gejala negatif ini.Pasangan yang telah berkahwin perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mereka hendak anak atau tidak.Mereka juga boleh merujuk kepada kaunselor atau institusi kekeluargaan untuk khidmat nasihat.Bayi merupakan kurniaan tuhan,kita tidak harus membuangkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karangan PT3 - Peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga

Makanan berkhasiat sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.
Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga.

     Dalam usaha mencapai kemajuan,manusia mengejar kebendaan dan mengabaikan kesihatan mereka.Kelalaian mereka itu mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kencing manis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok.Statistik dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit seperti ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.Dengan kata lain,kelalaian ibu bapa turut mengakibatkan anak-anak mereka menjadi mangsa penyakit.Persoalannya,apakah peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga?

    Pertama sekali,ibu bapa perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Peribahasa Melayu “bagaimana acuan,begitulah kuihnya” menjelaskan bahawa sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa.Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berpenyakit mempunyai risiko yang tinggi sebanyak 80 peratus untuk turut mewarisi penyakit ibu bapa mereka. Hal ini demikian, penyakit ibu bapa boleh diwarisi oleh anak menerusi genetik.Sebagai contoh,anak seorang penyakit diabetes berkemungkinan menghidap penyakit tersebut jika tidak berhati-hati dalam pemakanan.

    Sejak kebelakangan ini,berita tentang obesiti dalam kanak-kanak gelah telah menjadi buah mulut yang meniti bibir ke bibir semua lapisan masyarakat.Lazimnya,ibu bapa lebih gemar menjadikan anak-anak mereka gemuk.Mereka menganggap anak-anak yang gemuk lebih comel.Sebenarnya,anggapan mereka itu adalah salah kerana tindakan mereka memaksa anak makan terlalu banyak sehingga menyebabkan anak menghidapi obesiti.Obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat berbahaya kerana ia akan mengakibatkan penyakit jantung dan kolosterol kolestrol sejak kecil lagi.Secara langsungnya,kanak-kanak sebegini akan membesar dengan gaya hidup yang tidak sihat dan berpenyakit kronik.

    Selain itu,ibu sebagai suri rumah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk seisi keluarga.Ibu bapa perlu menghidangkan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak dan mula menambahkan sayur-sayuran dan makan berprotein kepada anak-anak semasa kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Makanan seperti ini penting untuk tumbesaran mereka.Ibu bapa juga harus menekankan kepentingan dan kebaikan sayur-sayuran kepada tubuh kita kerana kanak-kanak memang tidak suka makan sayur-sayuran.Bagi mereka,sayur-sayuran ialah pahit dan tidak sedap.Ibu bapa perlu memujuk anak-anak dengan lemah lembut kerana pepatah Melayu ada mengatakan “sembelih ayam dengan pisau,sembelih orang dengan kapas”.

    Di samping itu,ibu bapa juga memainkan peranan untuk memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat.Ibu bapa harus mengelakkan anak-anak mereka daripada makan terlalu banyak makanan ringan dan makanan segera.Hal ini demikian,makanan sebegini mengandungi bahan pengawet yang terlampau yang dapat memudaratkan kesihatan.Makanan ringan seperti aiskrim dan gula-gula juga mengandungi kandungan gula yang tinggi.Biasanya kebiasaannya,kanak-kanak suka makan makanan ringan kerana rasanya yang sedap.Oleh yang demikian,ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak merasa ketagih terhadap makanan ringan.

  Dalam pada itu,ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga.Memang mustahil untuk ibu bapa untuk berada di mana sahaja anak-anak berada untuk memastikan pemakanan mereka kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.Oleh itu,selain ibu bapa pihak bertanggungjawab seperti pihak sekolah,kerajaan dan pihak swasta juga harus memainkan peranan mereka.Pihak sekolah harus mendedahkan kepentingan amalan pemakanan sihat kepada pelajar manakala pihak kerajaan dan swasta harus menganjurkan kempen dan ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bukan sahaja anak-anak malah kepada ibu bapa.Kesimpulannya,amalan pemakanan sihat penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat-sihat belaka bagi merealisasikan Wawasan 2020.

-------------------------------------------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment