*Faktor atau amanat Mahathir, menjelang PRU14 agar tumbangkan Najib dan BN bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Antara amanat Mahathir yang dinyatakan dalam bentuk sajak sebelum ini ialah :**Aku tidak perlu apa-apa kekayaan**Aku mengerti umurku yang tua**Menunggu masa bertemu Ilahi**Aku boleh selesa diam tidak bersuara**Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka**Sepanjang nafas dan usia**Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat**Tanpa meminta apa-apa untuk diriku**Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca**Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan**Oleh pemimpin di puncak kuasa**Yang rakus dan boros tidak terhalang**Menabur rasuah dan membeli orang**Pada mata tuaku**Aku melihat hutang berbilion**Yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat**Aku melihat wang dipinjam hari ini**Seperti tiada lagi hari esok**Semuanya**untuk membeli segala undi**untuk membeli segala kuasa**Pada senja hayatku**Aku melihat apa yang dibina berdekad lama**Dimusnahkan dengan wang yang bukan miliknya**Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya**Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas**Segala wang haram**Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus**Untuk dibayar oleh rakyat**Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri**Mereka menjual negara**Mereka menjual diri**Mereka menjual maruah**Mereka menjual agama**Aku tidak dapat melakukan semua**Namun pada yang muda kusematkan harap**Untuk membetulkan Malaysia**Dengan bersama, PH, berganding**Supaya ia tidak tenggelam**Dengan tangan kotor**Dan harganya dibayar**Oleh cucu dan cicit kita*
This blog contains English Grammar Exercises for primary school learners as well as the increasing demand, expectation and not forgetting the burden of the teachers nowadays.
Tuesday, 26 September 2017
Sajak Seorang Pemimpin Negara
Dapatan dari Watsup On Sep 25, 2017 4:56 PM,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment