Saturday, 7 December 2019

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK






Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, 
seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi 
menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap 
perkara tersebut.  Untuk LULUS lencana keahlian seseorang perlu 
LULUS ujian berikut;



Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap

Lima prinsip Rukun Negara
Hormat Pengakap & Cogan kata Pengakap
Sejarah Pergerakan Pengakap
Cerita Hutan
Laung Agung

PENGENALAN
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui 
bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia 
dan Sedunia yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar 
biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja (uniform pengakap).

Seterusnya, di bawah adalah perkara yang perlu ada di dalam buku log 
Lencana Keahlian anda;


Buku Log Lencana Keahlian


Kandungan


1) Maklumat diri
2) Lambang Pengakap Malaysia
3) Lambang Pengakap Dunia
4) Persetiaan Pengakap
5) Undang-Undang Pengakap
6) Hormat Pengakap
7) Cogan Kata Pengakap
8) Prinsip Rukun Negara
9) Peraturan Pakaian Seragam
10) Sejarah Pengakap Malaysia
                                 11) Sejarah Pengakap Dunia
                                 12) Cerita Hutan
                                 13) Laung Agung




                    Peraturan Pakaian Seragam


 



Prinsip Rukun Negara

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh 

tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan 
atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada raja dan negara,

Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang,

kesopanan dan kesusilaan.



                               Lambang Pengakap Malaysia
a    a)    Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 
"          Persetiaan Pengakap" iaitu:-" Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , 
"          Menolong orang setiap masa" , "Menurut undang-undang Pengakap".

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima 

(        berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan 

"        Persaudaraan Pengakap"

d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan 

"       Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan 

"        Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".


e) Lingkaran Tali  melambangkan  
"Perpaduan Rakyat Malaysia 
dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan 

unit-unit pengakap.

Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", 

Hijau    - "Pengakap Muda", 
Merah  - "Pengakap Remaja"

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan 

warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Lambang Pengakap Dunia

a)    Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan 
hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa 
maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.'

b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga 

kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.

c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima 

pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap.

d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan 

itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap 
seluruh dunia.

e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.

f) Warna putih membawa maksud kesucian dan kebersihan.



Persetiaan Pengakap



     Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya 
     dengan seberapa daya upaya saya akan :

Taat kepada Tuhan, raja dan negara,

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut undang-undang pengakap.



Undang-undang Pengakap

1) dipercayai

2) taat

3) berguna

4) bersaudara

5) berbudi

6) kasihkan binatang

7) menurut perintah

8) tabah hati

9) berjimat

10) suci fikiran, perkataan, perbuatan



https://www.youtube.com/watch?v=afjQS_HpVHg
Video Undang-undang pengakap



         Hormat Pengakap




- diberikan semasa :

a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai 


pengakap atau orang kenamaan.

b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah

c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.




Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak :
Buat Sehabis Baik


Sejarah Pengakap Malaysia

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di 

Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka 
British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang 
( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, 
Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua 
negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya 
satu pasukan pengakappada ketika itu. Berikut adalah senarai 
pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.


  1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
  2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
  3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
  4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di 
  5. Kedah (1922)
  6. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
  7. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
  8. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
  9. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
  10. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
  11. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
  12. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
  13. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan 
selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap 
Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap 
Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap 
Tanah Melayu telah bertukar nama kepada 
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai 
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. 
Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada 
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan 
Singapura keluar dari gagasan Malaysia.



Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, 

England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan 
untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah 
diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan
 seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari 
medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan 
pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk 
budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman 
untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang 
dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas 
melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan 
pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 
negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa 
tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada 
tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh 
dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah 
diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai 
Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan 
" Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran 
negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau 
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, 
beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat 
menyambut ulangtahun ke 84.





Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941





Cerita hutan


MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang 
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang 
hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. 
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan 
Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, 
pemotong kayu suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil sedang 
tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. 
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. 
Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga 
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. 
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat 
kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. 
Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak 
manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah 
anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya 
melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala 
menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala 
kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut 
kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap 
susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima 
budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak 
serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai 
saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke 
mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang 
hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu 
daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi 
dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu 
memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya 
Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa 
dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu 
dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah 
dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti 
budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal 
bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala 
di dalam hutan.



LAUNG AGUNG

Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat. 



...............................................................................................................

Bahan untuk ahli baharu




Pengakap  Kanak-Kanak boleh cetak gambar bendera Malaysia, bendera negeri dan lambang pengakap Malaysia dan mewarnakannya. 


Sumber :


https://scoutjempol.blogspot.com/2013/09/lencana-keahlian-pkk-7-laung-agung.html


https://scoutjempol.blogspot.com/2013/09/lencana-usaha-pm-tingkatan-1-1-bendera.html
rujuk juga
Lencana Keahlian
Lencana Penunggang Basikal
Lencana Keris Gangsa
Lencana Keris Perak
Lencana Keris Emas
Lencana usaha

Mohon kongsi maklumat tuan bagi peningkatan, pengetahuan serta kemajuan  Persekutuan  Pengakap Malaysia. Terima kasih tuan. 









1 comment: