Wednesday, 13 September 2017

GURU -- PENCEN AWAL


Soal pencen awal



Ravichandran Topekan 

Jul 22
                                 Image result for retirement
SOAL JAWAB PESARA 101

TAJUK: PERSARAAN PILIHAN

Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):
Nama saya Julia Jamali, Saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama
18 tahun (dilantik pada 1 Oktober 1999) sebagai Penolong Pegawai Tadbir di
Jabatan Kajicuaca. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur
persaraan 60 tahun.
Jika saya ingin bersara pada 1 Disember 2017, bagaimanakah cara untuk saya
 memohonnya? Apakah faedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah
pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?

Jawapan:
Puan Julia, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :
Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:
- berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh  kuatkuasa persaraan pilihan;
- berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh
diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak);
dan
- mendapat sokongan Ketua Jabatan

Cara memohon? 
- hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
- Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua 
Jabatan
- Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak 
kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan 
Bil. 4 tahun 2003)

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?
1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
    Formula perkiraan
    1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)
2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)
    Formula perkiraan
    7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Pencen bulanan bila akan dibayar?
- ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda
- sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan,
maka pencen bulanan akan mula dibayar
a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat
 rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah,
pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas
di hospital mental Kerajaan; dan
b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).
- sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan,
pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun,
walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan
menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.Ini bagi menjawab soalan
ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada
tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.
** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim
KWSP.
 Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan
 caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan
 diberikan kepada anda sekeluarga

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

No comments:

Post a Comment