Pengurusan tertinggi KPM telah memutuskan perkara-perkara berikut:
Tarikh : *23.11.2017*
Masa : *Jam 10 pagi*
Tempat : *Semua sekolah rendah.*
1. Istilah yang akan digunakan pada Hari Khamis ini 23.11.2017 ialah
penyerahan. *PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH*.
2. Mohon dipatuhi *Integriti Kerahsiaan* kerana Slip Keputusan UPSR
adalah dokumen terperingkat yang masih berstatus Sulit (Embargo) sehingga
*Jam 10 pagi Khamis 23.11.2017*
adalah dokumen terperingkat yang masih berstatus Sulit (Embargo) sehingga
*Jam 10 pagi Khamis 23.11.2017*
3. Hanya Slip Keputusan UPSR Individu sahaja yang akan diserah kepada
pihak sekolah untuk diedar kepada calon. Analisis mata pelajaran dan Roster
(keputusan yg memaparkan semua calon , kod subjek & gred) tidak diedarkan
sekali. Dokumen tersebut hanya akan diedar kepada sekolah melalui PPD
pada 4.12.2017.

4. Keputusan UPSR & PASR *hendaklah diserahkan bersekali dengan
pelaporan 3 komponen PBS* yang lain iaitu
pelaporan 3 komponen PBS* yang lain iaitu
4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
4.3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
5. Mohon pihak PPD dan GB setiap sekolah *memastikan ketiga-tiga
dokumen di atas disediakan dan dilengkapkan bagi setiap calon.*
dokumen di atas disediakan dan dilengkapkan bagi setiap calon.*
6. Sekiranya majlis pengumuman dibuat, analisis yang boleh diumum
hanya bilangan/peratus calon yang *Melepasi Tahap Minimum (MTM)* sahaja.
hanya bilangan/peratus calon yang *Melepasi Tahap Minimum (MTM)* sahaja.
7. Tiada pengumuman bilangan/peratus calon atau nama-nama calon yang
mendapat semua A, UPSR. Penekanan hedaklah diberi kepada *Pelaporan
Kemenjadian Murid secara Holistik* yang merangkumi UPSR/PASR, PBD,
PAJSK dan PPsi. (Rujuk Infografik Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah,
KBAT & Melangkah Ke Hadapan yang dilampirkan)

8. Tiada pengiraan Gred Purata (GP) calon, mata pelajaran, sekolah, daerah
atau negeri.
atau negeri.
9. Tiada perbandingan Keputusan (GP, Semua A , MTM) antara sekolah, daerah
atau negeri.
atau negeri.
10. Tidak boleh dibuat Sidang Media atau Edaran Media peringkat Negeri atau
Daerah
Daerah
11. Tidak boleh dibuat pengiktirafan khusus kepada calon yang mendapat
semua A UPSR pada hari Khamis 23.11.2017 ini , tumpuan/fokus hendaklah
kepada keseluruhan calon yang MTM UPSR/PASR, serta tiga lagi komponen
PBS iaitu PBD, PAJSK dan PPsi.
semua A UPSR pada hari Khamis 23.11.2017 ini , tumpuan/fokus hendaklah
kepada keseluruhan calon yang MTM UPSR/PASR, serta tiga lagi komponen
PBS iaitu PBD, PAJSK dan PPsi.
12. Semua pengarah negeri akan berada di KPM bersama KPPM sewaktu
pengumuman Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada jam 9 pagi hari
Khamis 23.11.2017 ini.
pengumuman Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada jam 9 pagi hari
Khamis 23.11.2017 ini.
Mohon semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................
UPSR dan Anugerah Cemerlang.
Isu yang hangat diperkatakan sehari dua ini memandangkan keputusan
UPSR bakal diumumkan esok hari. Malah, menteri juga memberi respon
tentang hal ini.
UPSR bakal diumumkan esok hari. Malah, menteri juga memberi respon
tentang hal ini.
Aku pun mahu memberi pandangan peribadi aku berkenaan dengan isu UPSR
dan Anugerah Cemerlang. Apa yang kau bakal baca adalah pandangan yang
bersifat peribadi.
dan Anugerah Cemerlang. Apa yang kau bakal baca adalah pandangan yang
bersifat peribadi.
Pada aku, mereka yang cemerlang kita kena raikan. Kena bagi anugerah, kena
bagi mereka naik pentas untuk terima penghargaan.
bagi mereka naik pentas untuk terima penghargaan.
Itu titik usaha mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila
mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Murid ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka
bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Murid lain diwaktu hujung minggu berseronok di taman mainan, bersuka ria seolah
tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri. Bukan mereka
tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh.

Sampai ketika keputusan diumumkan, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka
dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha seperti
mereka?
dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha seperti
mereka?
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang
cemerlang.
Apa betul tindakan kita?
cemerlang.
Apa betul tindakan kita?
( Aku tahu ayat ni pasti ramai tidak setuju dan tidak puas hati. Kau tenang dulu,
baca satu persatu apa aku nak cakap.)
baca satu persatu apa aku nak cakap.)
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya
gigih, namun rezekinya setakat itu.
gigih, namun rezekinya setakat itu.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan
murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.
murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong
untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
" Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik pentas terima hadiah."
Itu pendorong dan pembakar semangat. Jangan sampai suatu masa nanti murid
berkata pada diri sendiri,
berkata pada diri sendiri,
" Buat apa belajar rajin-rajin. Buat apa bersekang mata belajar tengah malam.
Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan
dapat apa pun."
Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan
dapat apa pun."
Kau nampak tak apa yang aku nampak? Kau nampak tak apa kerisauan aku?
Murid tahun 6, tak kira yang gagal atau cemerlang memang pihak sekolah raikan
saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah
buat jamuan untuk semua murid tahun 6.
saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah
buat jamuan untuk semua murid tahun 6.
Bagi semua murid gembira. Bagi mereka makan besar. Bagi mereka buat
persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.
persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.
Kami raikan semua pelajar. Bukan yang cemerlang sahaja. Bukan murid
kelas depan sahaja.
kelas depan sahaja.
Tapi bila keputusan sebenar keluar, pastinya yang cemerlang perlu diraikan
sekali lagi. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik
dan kawan-kawan yang lain.
sekali lagi. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik
dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Itu normal. Itu tanggungjawab ibu bapa
di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas,
guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan
semangat mereka.
guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan
semangat mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang
memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi akibat kegagalan ini yang berterusan. Ini
yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikannya.
yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikannya.
Berapa ramai murid yang gagal sewaktu UPSR, menjadikan kegagalan ini sebagai
sumber pendorong hingga menjadi murid yang cemerlang di peringkat lebih tinggi.
Gagal UPSR, tapi cemerlang dalam PT3, SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.
sumber pendorong hingga menjadi murid yang cemerlang di peringkat lebih tinggi.
Gagal UPSR, tapi cemerlang dalam PT3, SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas
terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat
baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang. Tangisan semalam
menjadi punca senyuman akan datang.
terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat
baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang. Tangisan semalam
menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Jika hanya kita sekat anugerah cemerlang di peringkat sekolah rendah, ini satu tindakan
tidak kena. Sedangkan di peringkat lebih tinggi, semua yang cemerlang kita hargai dan
raikan. Bukan hanya berkaitan dengan peperiksaan sahaja.
tidak kena. Sedangkan di peringkat lebih tinggi, semua yang cemerlang kita hargai dan
raikan. Bukan hanya berkaitan dengan peperiksaan sahaja.
Pertandingan sukan pun begitu. Takkan kita nak mansuhkan pingat emas lumba lar
i (contohnya) hanya kerana nak jaga hati peserta yang kalah?
i (contohnya) hanya kerana nak jaga hati peserta yang kalah?
Piala Dunia tak perlu bagi piala bagi pemenanglah. Pemain badminton yang menang
Piala Thomas tak perlu bagi medal emas. Pekerja cemerlang tak perlu bagi
anugerah cemerlang.
Piala Thomas tak perlu bagi medal emas. Pekerja cemerlang tak perlu bagi
anugerah cemerlang.
Takkan nak buat begitu pada semua peringkat? Hanya kerana nak menjaga hati
mereka yang tidak berjaya.
mereka yang tidak berjaya.
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang
sekali pun.
sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah
menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan mereka yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Kehidupan bila mereka berdikari nanti adalah kejam. Masa itu, tiada siapa akan jaga
hati mereka melainkan diri mereka sendiri.
hati mereka melainkan diri mereka sendiri.
Begitulah.
Kurang..mmg betul yg berjaya diraikan...spnjg mgajar sek men mmg sgt beza dgn sek rendah...tujuan menteri spy ia sbg ukuran krn mereka baru UPSR...kkdg mrk brjaya sek ren tapi sek men biasa2 aje...dan pgalaman sek men..kmenjadian sek pljr yg baik utk dinilai dr segala sudut adalah pljr sederhana yg duduk di kelas blkg berbanding kelas pandai..yg mgingati guru dan mghargai guru adalah golongn sederhana brbanding yg pandai...adakah kita berjaya didik yg brjaya dr segala segi...mrk brjaya dalam akademik tp rasa hormat dan mghargai seorg guru bkn golongn cerdik pandai....mrk anggap mrk pandai usaha mrk tp bkn guru...sbb tu kita buat kajian mrk yg sederhana ni lebih berjaya drpd mrk yg pandai...sbb golongan sedeehana mmg sgt mghargai seorg guru...sbb guru brhmpas pulas utk kejayaan mrk....apapun itu pandgn tp mmg realiti yg kita nmpk dan kita x nafikan...
Dan sekali lagi diingatkan, ini adalah pendapat peribadi aku. Kau bebas nak setuju atau
nak bangkang.
nak bangkang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment