Sunday, 8 December 2019

Lencana Keris Gangsa PKK





Skima LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak, sebagai 
mengakui minat dan pengetahuan 
tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta 
pengurusan diri dan keluarga. 

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanak-Kanak itu mestilah mendapatkan 
lencana Keahlian dan Lencana Wajib dahulu.



(A)    KESETIAAN

1.        Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara ku" dan memahami bagaimana menghormati 
           lagu itu ketika dimainkan.
2.        Mengenal Bendera Malaysia  dan Bendera Negeri di mana pengakap kanak-kanak 
           itu berada.
3.        Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.
4.        Mengenal nama penuh kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong 
           pemimpin Pengakap kanak-Kanak kumpulannya. 
5.        Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan 
           sekitar tempat tinggalnya.

(B)   KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula 
    yang diberi  oleh orang yang  tidak dikenali.
3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. 
4.  Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan 
     seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
5.  Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan, 
     mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Bomba dan Penyelamat, doktor 
      dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal 
      berhampiran.                             
6.   Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat 
      menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, 
       jejantas dan lintasan lain-lain.

(C)    KECEKAPAN


         1.             Mengetahui Latihan Asas Kawad  Kaki.

         2.             Mengetahui cara memanjat tali 9 tinggi tali tidak lebih dari 3 meter )
         3.             Mengetahui kedudukan tempat-tempat awwam di kawasan tempat tinggalnya 
       dan dapat menunjukkan tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan
       seperti : perhentian bas, teksi, balai Bomba, Balai polis, Pejabat pos dan lain-lain. 
4.    Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya
       dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti lencana Keahlian, 
       Lencana  Malaysia, Lencana Wajib, Nombor kumpulan, nama Daerah dan Negeri.
5.    mengetahui segala isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak
       dituju dengan menggunakan tanda Isyarat Sulit Pengakap seperti ' ikut arah ini',
       'jangan ikut arah ini', 'di sini ada air', ' tunggu di sini',  dan 'saya sudah pulang'.
6.     Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila, dan kegunaannya.  


(D)   PENYERTAAN

1.            Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan 
          Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekrang-kurang TIGA (3) buah buku 
          dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin Pengakapnya.
2.       Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
3.       Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut;  mengambil bahagian dalam
          persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.

(E)   PERKHIDMATAN

1.             Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya 
           itu dengan memuaskan ( pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
2.       membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan 
          sekolah  (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)


                                           

                                               LENCANA KEGEMARAN 


(Dapatkan dua daripada kategori ini)

1.             Ahli koleksi hobi
2.             Ahli kraftangan
3.             Peladang kecil
4.             Pelukis
5.             Pembaca buku
6.             Penghibur



Sumber :

Surat & Borang pendaftaran pengakap
Mohon kongsi maklumat tuan demi kemajuan Persekutuan Pengakap Malaysia. Terima kasih tuan.

.............................................................................................................................



BLOG MASIH DALAM PEMBINAAN 25/12/2019


























BUKU LOG UJIAN
LENCANA KERIS GANGSA

TAHUN UJIAN      : …………………………………………………………………………………………………..…..

NAMA AHLI              : …………………………………………………………………………………………………………..

NO. KUMPULAN  : …………………………………………………………………………………………………………..

NAMA KUMPULAN : …………………………………………………………………………………………………………

NAMA PEMIMPIN : ………………………………………………………………………………………………………..


Photo
BAHAGIAN A :  ( MAKLUMAT PERIBADI )

MAKLUMAT DIRI :

1.    Nama Penuh : ………………………………………………………………………………………………

2.   Nombor Surat Beranak : …………………………………….
3.   Tarikh Lahir : …………………………………………………………
4.   Umur : ……………………………………………………………………..
5.   Tempat Lahir : ……………………………………………………….
6.   No.Telefon Rumah : ……………………………………………….
7.   Alamat Rumah : ………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………..

8.   Bilangan Adik Beradik : …………………………………………….
9.   Penyakit ( Jika Ada ) : …………………………………………………………………………….
10.    Kegemaran : …………………………………………………………………………………….
11.   Cita – Cita : ……………………………………………………………………………………..

MAKLUMAT KELUARGA :

1.    Nama Bapa : ………………………………………………………………………………………………
2.   No Kad Pengenalan Bapa : ………………………………………………………………………
3.   Pekerjaan Bapa : ………………………………………………………………………………………
4.   No. Telefon : …………………………………………………………….………

5.   Nama Ibu : …………………………………………………………………………………………………
6.   No.Kad Pengenalan Ibu : …………………………………………………………………………
7.   Pekerjaan Ibu : …………………………………………………………………………………………













2


BAHAGIAN A :       ( KESETIAAN )

1.  Menyanyikan Lagu Kebangsaan “ Negara Ku “ dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan

ARAHAN 1 : Nyanyikan lagu ini dengan intonasi yang betul



NEGARAKU,
TANAH TUMPAHNYA    DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA





ARAHAN 2 : Tuliskan dua cara menghormati lagu ini ketika ianya dinyanyikan .

1. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku
2. Luruskan tangan di sisi




TARIKH UJIAN :
TANDATANGAN PENGUJI










3


2.  Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.

BENDERA MALAYSIA






ARAHAN 1 : Lukiskan Bendera Malaysia Dan Bendera Negeri dalam kotak yang diberikan kemudian warnakan dengan betul.




Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.




BENDERA NEGERI





Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia

Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku

Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku

Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa

Duli Yang Maha Mulia

Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang keempat Sultan Abdul Samad (1859-1898). Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja. Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.






TARIKH UJIAN
TANDATANGAN PENGUJI









4


3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia

ARAHAN 1 : Warnakan Lambang Pengakap Malaysia di bawah dengan warna yang betul.

































ARAHAN 2 : Berikan maksud pada lambang tersebut :

1.    WARNA KUNING : Pengakap Kanak-Kanak
2.   WARNA HIJAU : Pengakap Muda
3.   WARNA MERAH : Pengakap Remaja
4.   TIGA CABANG DAUN : 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,
Menolong orang setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap
5.   DUA BINTANG PECAH 5: Menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh
6.   TALI melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia"
7.   BINTANG PECAH 13  melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
8.   PENGIKAT CABANG : melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
9.BULAN SABIT: menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

TARIKH UJIAN
TANDATANGAN PENGUJI




5
4.  Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Kumpulannya.

ARAHAN  1 : Berikan nama penuh individu di bawah dengan betul



1. Nama Kuasa Penganjur / Guru Besar :

NAMA
JAWATAN / COP
PN. ROZANAH BT ABDUL RAZAK


2. Nama Pemimpin Kumpulan :

NAMA
JAWATAN / COP



3. Nama Penolong Pemimpiin :

BIL
NAMA
JAWATAN

















TARIKH UJIAN
TANDATANGAN PENGUJI





6


5.  Mengetahui agama – agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggal anda.
ARAHAN : Lengkapkan Agama yang terdapat di Malaysia di bawah ini Dan tampalkan gambar tempat ibadat dalam ruang yang disediakan.

1.NAMA AGAMA














GAMBAR TEMPAT IBADAT


MASJID

ISLAM



2. NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT
HINDU


KUIL


3. NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT
BUDDHA

TOKONG



4.NAMA AGAMA
GAMBAR TEMPAT IBADAT
KRISTIAN


GEREJA



TARIKH UJIAN
TANDATANGAN PENGUJI









7


No comments:

Post a Comment