Tuesday, 29 May 2018

ASET 1MDB DILETAK BAWAH MOF

Istilah 'bailout' 1MDB bukan 

sahaja tepat, malah terbesar 

dalam sejarah - Guan Eng

MoF juga akan terus bekerja sama dengan Jawatankuasa Khas 1MDB yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan sebanyak mungkin dana yang hilang dan dicuri









Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, beliau berkata, 
aset-aset 1MDB kini diletakkan di bawah Kementerian 
Kewangan (MoF), namun proses pengambil alihan itu 
bukan percuma, sebaliknya ia datang dengan jumlah
 pampasan yang cukup tinggi.

“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa 
MoF tidak mengambil alih aset ini secara percuma, 
sebaliknya apabila kementerian mengambil alih TRX City Sdn Bhd,
 ia juga terpaksa mengambil alih pinjaman syarikat bernilai 
RM800 juta yang diambil daripada PERKESO.
 Hutang ini akan matang pada tahun 2020.

“Apabila MoF mengambil alih Bandar Malaysia Sdn Bhd, kementerian 
terpaksa bertanggungjawab ke atas pinjaman sukuk bernilai RM2.4 bilion,
” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan 
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pengambil alihan itu bukannya
 ‘bailout’, sebaliknya ia merupakan proses seperti mana yang dicadangkan 
oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tegas bekas Presiden UMNO itu lagi, kesemua aset strategik dan
 berharga 1MDB telah dipindahmilik ke syarikat lain di bawah MoF Inc,
 tetapi hutang dan liabiliti 1MDB kekal di bawah syarikat itu.

Namun Lim berkata, kenyataan Datuk Seri Najib adalah salah kerana 
beberapa siri pampasan sudah telah dibayar kepada 1MDB, termasuk 
RM6.98 bilion yang didakwa langsung tidak ada kena mengena dengan 
mana-mana projek hartanah di TRX dan Bandar Malaysia.

Antara pembayaran yang disenaraikan Lim Guan Eng ialah:

Pembayaran faedah kupon bon 30-tahun bernilai RM5 bilion yang 
diterbitkan pada 2009, dan dilaburkan kepada PetroSaudi International Ltd.

Pembayaran faedah kupon bon 10-tahun sejumlah USD3.5 bilion 
(RM13.9 bilion) yang diterbitkan pada 2012 untuk membeli loji-loji 
penjana kuasa, yang mana ia telah dijual dan hasil jualan telah 
digunakan sepenuhnya, tetapi bon itu didakwa masih lagi terhutang dalam syarikat.

Pembayaran faedah kupon bon 10-tahun sejumlah USD3 bilion 
(RM11.94 bilion) untuk membiayai pembangunan TRX, namun 
Ketua Audit Negara melaporkan hasil terbitan bon itu langsung 
tidak digunakan untuk pembangunan TRX.

“Maka, mengapa sebarang pulangan daripada projek-projek hartanah 
yang asalnya dibeli pada harga yang sangat rendah – patut digunakan 
untuk menutup dan membayar balik segala pinjaman-pinjaman tidak 
berkaitan di atas?” soal Lim lagi.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan berkata adalah lebih baik agar 
perbahasan mengenai ia merupakan ‘bailout’ atau tidak, dihentikan segera,
 sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib untuk menjelaskan mengenai 
pembayaran seperti yang digariskan di atas.

Lim berkata, MoF juga akan terus bekerja sama dengan Jawatankuasa Khas
 1MDB yang ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
 mengembalikan sebanyak mungkin dana yang hilang dan dicuri, serta 
menghukum semua pihak terlibat dalam skandal korupsi terbesar Malaysia.
Istilah 'bailout' 1MDB bukan sahaja tepat, malah terbesar dalam sejarah - Guan Eng

No comments:

Post a Comment