Sempena pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran
yang baharu, sebahagian besar guru-guru di Malaysia mengharapkan
yang terbaik dalam sistem pendidikan masa kini.
Justeru, GPS Bestari telah membuka peluang untuk warga pendidik
berkongsi apakah harapan yang mereka ingin sampaikan.
Dan harapan-harapan tersebut adalah..
1) Guru baru khususnya wajib diberi peluang mengajar berdasarkan
opsyen kepakaran demi masa depan anak bangsa (penguatkuasaan
wajib dibuat dengan pekeliling khas KPM kepada setiap ketua jabatan)
2) Setiap ketua panitia atau ketua unit mata pelajaran disediakan pembantu guru.
3) Satu jam peruntukan wajib diberikan dalam jadual PdPC untuk guru
membaca atau tenangkan fikiran (nampak remeh tetapi penting demi
menambah kefahaman guru).
4. Polis bantuan membuat pemantauan seminggu sekali di premis atau
pekarangan sekolah (disiplin).
5. KPM meninjau keadaan sebenar fasiliti terhad di sekolah yang mempunyai
bilangan pelajar ramai atau kolej tingkatan enam. (Contoh: Ketiadaan dewan khas).
6) Menukar tarikh sambutan Hari Guru yang selama ini disambut ketika
pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
7) Guru yang menilai dan beri markah kepada pengetua dan guru besar.
8) Postingkan graduan ISMP.
9) Menyelesai dan meluluskan semua permohonan guru yang berstatus duka lara.
10) Hapuskan ujian murid tahun 1-3, ajar mereka dengan adab dan akhlak
seperti di Jepun.. sebab akhlak anak-anak kita sekarang semakin teruk. Guru
kurang dihormati dan disanjungi. Kembalikan maruah dan tingkatkan martabat
guru. Hapuskan pbd, sekarang pergi sekolah rasa terbeban dengan
bermacam kerja perkeranian.. PdPC jatuh tempat ke berapa ntah.
11) Peluang mengembangkan bakat. Latihan berterusan yang berkualiti.
Anugerah APC yang adil sebagai suntikan semangat dan motivasi.
12) Beri jawatan penolong kanan hakiki kepada semua guru penolong kanan
di pedalaman. Bukan lagi lantikan dalaman sekolah.. tugas sama berat.
13) Hapuskan skpmg2
14) Mengurangkan budaya terlalu banyak mesyuarat, majlis sambutan
atau acara yang bukan akademik dan kursus yang tiada kaitan profesionalisme
keguruan dan akademik. Less meeting, more productivity.
15) Mengurangkan jumlah fail yang perlu dibuat dan memusatkan arahan
Jabatan Pendidikan Negeri kerana kadang-kadang arahan KPM berbeza
dengan arahan JPN negeri.
16) Meminimumkan jadual waktu peribadi guru untuk menanda buku
17) Mengubah syarat kewangan panitia untuk membeli peralatan yang
menuju ke arah PAK 21.
18) Pembelaan guru yang mempunyai ijazah sarjana dan phd.
19) Kebajikan Guru;
1. Menyegerakan masalah guru duka lara dengan cepat, efisien dan
tiada birokrasi.
2. Penyediaan pembantu guru bagi setiap panitia, pengurusan fail dan
memasukkan data.
3. Memastikan guru fokus pada subjek opsyennya.
4. Penyediaan kelas khas dengan alat bantu mengajar yang lengkap
bagi setiap subjek.
20) Keperluan murid dan pelajar;
1. Penekanan etika, adab dan moral yang terpuji bermula dari peringkat
awal persekolahan seperti di Jepun.
2. Mengenal pasti kebolehan dan kecenderungan murid/pelajar dari awal
untuk digilap dan dikhususkan kepada murid.
3. Perbanyakkan kelas kemahiran berkualiti bagi memenuhi keperluan
pekerja mahir. Contoh; pertukangan.
4. Sistem penilaian peperiksaan yang tidak menyebabkan murid/pelajar stres.
21) Infrastruktur sekolah;
1. Menyegerakan selenggaraan di setiap sekolah tanpa karenah birokrasi.
2. Memperuntukkan belanjawan khas bagi penyelenggaraan sekolah.
3. Melengkapkan keperluan sekolah tanpa mengharapkan pihak sekolah
mencari sumber luar (lain), bagi mengelakkan berlakunya rasuah
atau salah guna kuasa.
4. Penyediaan pembantu teknikal di setiap sekolah bagi selenggara pendawaian,
perpaipan dan kerosakan fizikal seperti pintu , kerusi dan meja.
5. Pemantauan dan penyelenggaraan berkala bagi 8,000 lebih sekolah di bawah
persekutuan.
22) Gantikan pemberian tab, handphone dan simkad kepada projektor
23) Hapuskan pskpps - mengganggu PdPC guru
24) Semua sistem data di selaraskan supaya guru tidak membuat kerja yang
sama berulang kali contohnya saps, apdm, ssdm, segak.
25) Sistem Data maklumat guru juga di selaraskan supaya hanya
satu sistem sahaja diguna pakai dan tidak lagi memerlukan dokumen
(hardcopy). Contohnya e-operasi, hrmis.
26) Guru yang sama tidak boleh mendapat APC lebih daripada sekali
27) Sediakan kelengkapan untuk guru seperti kementerian yang lain
seperti alat tulis, uniform, kasut, kenderaan khas dan sebagainya.
28) Berikan semula kuasa merotan kepada guru
29) Berikan imuniti kepada guru supaya ibu bapa tidak boleh menyaman guru
dan hanya kementerian yang boleh mengambil tindakan kepada guru yang
melampaui batas kepada pelajar
30) Sistem pemarkahan (SKT) diubah menjadi dua hala ( guru juga menilai
dan memberi markah pegawai yang menilai mereka supaya ada
‘check and balance’, ini dapat memastikan pegawai penilai memberi
markah yang betul kepada guru dan mengelakkan salah guna kuasa)
31) Menghapuskan sistem pencerapan oleh pentadbir kerana semua
itu adalah hipokrit dan membazir masa. Guru hanya dicerap jika ada
keperluan sahaja.
32) Wujudkan semula sistem jika tidak lulus peperiksaan, maka tidak
dapat naik kelas, maka pelajar yang tidak pandai membaca, menulis
tak adalah sampai tingkatan 5 masih tidak dapat menguasai linus.
33) Murid tahun 1 seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak
subjek untuk dipelajari.
34) Mengkaji semula silibus mata pelajaran agar relevan dengan
keperluan semasa dan pembentukan sahsiah murid.
35) Menaik taraf bangunan dan kemudahan sekolah yg lebih 50 tahun.
36) Pembatalan pekeliling yang tidak lagi relevan dan mengkaji semula
pekeliling sedia ada.
37) Mengurangkan beban tugas guru terutama dalam kerja kerani.
E-pelaporan/data/ict dan sebagainya perlu mempunyai kerani/pembantu
yang buat dan bukan menjadi tambahan kepada tugas guru. Harap dapat
memberi peluang kepada guru meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran bukan sekadar membuat kerja kerani semata-mata.
38) Hapuskan spsk. Membazir fail dan kertas.
39) Memberi kuasa kepada guru untuk merotan...memberi jaminan
pembelaan sekiranya berlaku hal-hal kemalangan seperti kemalangan
semasa membawa keluar murid agar guru terus terbela.
40) Menghapuskan sistem pencerapan guru
41) Markah prestasi tidak dinilai oleh pentadbir tetapi wujudkan satu
sistem yang dapat merekodkan setiap tugasan yang telah guru laksanakan.
So boleh detect sape banyak buat keje sape tak buat keje sangat. Baru adil,
tak dela kaki kipas, tak dela isu pentadbir bagi markah berdasarkan emosi
semata2, tak ada isu kena ugut dgn pentadbir dan sebagainya.
(boleh baca semua isu pemberian markah prestasi di group kgm)
42) Kurangkan program sekolah yang tidak memberi faedah,
membuang masa guru dan menggunakan duit poket guru sendiri
contohnya majlis konvokesyen tahun 6 @ tingkatan 5, keceriaan tandas,
program kelas PAK 21, hari kanak-kanak.
43) Harap pihak tuan dapat membuat pertukaran guru dengan lebih
adil dan tepat sebab kadang-kadang pertukaran yang dibuat terutamanya
dlm daerah merugikan guru dan dan pihak sekolah. Ini sebab pertukaran
yg dibuat oleh PPD tidak mengambil kira kepakaran dan opsyen semasa/terkini
guru, hanya bergantung pada maklumat opsyen asalnya yang kadang-kadang
guru tersebut tidak mengajar opsyen asalnya berbelas/berpuluh tahun.
Contohnya opsyen asalnya P.Melayu dan guru sambung belajar buat
opsyen/bidang lain, PPD langsung tidak mengambil kira bidangnya yang
terkini/kepakarannya yang terkini. Rugilah kepakaran yang ada pada guru
tersebut tidak boleh diguna untuk pelajar.
44) Disiplin pelajar sekarang, hanya guru di sekolah yang mengetahui
keadaan sebenarnya tentang masalah disiplin ini, tetapi laporan yg dihantar
ke pihak atasa n...contonya ppd ke jpn...tidak melaporkan hal yang sebenarnya
untuk menjaga kedudukan masing-masing. Semua laporan baik tetapi
hakikat sebenarnya tidak.
45) Kaji semula subjek untuk sekolah rendah yang rasanya terlalu tinggi
sukatannya dan terlalu banyak subjek yang hendak disumbatkan ke dalam
otak kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun.
46) Mohon kaji bidang sukan dan permainan untuk sekolah rendah yang
terlalu hendakkan hasil terlalu awal. Umur 10 tahun dah nak jadikan
Moktar Dahari,sepatutnya sekolah rendah diberikan asas-asas permainan/kemahiran.
47) Sistem sekarang terlalu tumpukan peperiksaan, semua
guru besar/pengetua hanya nakkan A. Harap dapat ubah keadaan ini
terutamanya sekolah rendah. Menidakkan kemahiran dan keadaan budak
yang berumur 6-12 tahun.
48) Wujudkan pembantu guru di bengkel reka bentuk dan teknologi
49) tingkatkan bajet untuk per kepala murid utk kokurikulum dan akademik.
guru perlu keluarkan duit sendiri untuk fotostat latihan murid, beli bahan
untuk aktiviti rumah sukan dan lain-lain.
50) Mewujudkan sekolah khas untuk anak OKU, dan mereka tidak
dicampurkan semua dalam satu bilik darjah, diasingkan supaya memudahkan
guru yang terlibat. Anak ini tahap IQ mereka berbeza, terutama anak autisme,
serebal palsi, disleksia, supaya mereka boleh dididik mengikut kemampuan mereka.
51) Hapuskan sistem linus yang menipu keadaan murid yang tidak boleh
membaca dan mengira.
52) Tambah tempoh masa pembelajaran Sains. Nak minta rakyat minat Sains
tapi peruntukan masa paling sedikit.
53) Jika masih ada peperiksaan jangan ketepikan hak meraikan kejayaan
murid hanya disebabkan murid lemah akan terasa. Murid yang berusaha
bersungguh-sungguh akan hilang motivasi. Meraikan secara berpada tak salah
rasanya. Jangan keterlaluan.
54) Waktu PdPC guru yang padat daripada 24 waktu kepada sekarang 32 waktu.
55) Murid Tahun 1 wujudkan kelas berfokus, mereka hanya diajarkan
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesenian dan Pendidikan Jasmani
sahaja selama setahun di Tahun 1.
56) Wujudkan kembali sistem persekolahan tidak lulus tidak naik darjah.
Dengan ini kita tak himpun murid yang tidak menguasai bersama-sama
murid yang menguasai dalam satu darjah, kesian mereka, sistem membunuh
mereka ( murid tidak menguasai ) dalam keadaan kita tak menyedarinya.
57) Menaiktarafkan Guru Kafa di Kelantan dan dalam masa yang sama murid
di Kelantan juga dapat sama belajar lima kali seminggu Kafa seperti pelajar
di negeri lain. Sekarang murid hanya dapat belajar kafa tiga kali seminggu.
Penting adanya kelas Kafa dalam pembentukan sahsiah dan jati murid
anak gen Y ini yang mana kelas kafa ini lebih berfokuskan amali dalam
pengajian agama sebagai contoh yang paling nampak kami di Kelantan
akan bersama anak murid untuk solat Zohor dan Asar secara berjemaah.
Harap sistem Kafa di sesetengah negeri dan tempat dapat diselaraskan.
Mohon juga gaji guru Kafa bukan berbetuk elaun malah selaraskan kepada
gaji tetap. Jasa guru Kafa harus juga tidak dipandang enteng. Mohon sangat
YB ada penambahbaikan dalam membantu sistem pendidikan kafa di beberapa
buah negeri dan tempat. Mohon ada penyelarasan juga.
58) Kaji elaun perjalanan guru ke mesyuarat atau aktiviti menggunakan
kenderaan sendiri.
59) Sebagai guru Sejarah, saya mohon silibus berdasarkan teori barat
dalam buku teks diubah. Sejarah Islam perlu diberi penekanan selaian
sejarah negara sendiri untuk pupuk jati diri anak-anak didik yang terus
leka dengan gajet dan hiburan.
60) Utamakan peserta yang tamat kursus LCML IAB untuk diangkat
sebagai barisan penolong kanan di sekolah.
61) Barisan pentadbir yang tidak efisien hendaklah diberi pendedahan
sebenar tugas mereka. Pentadbir yang didapati tidak efisyen, hanya beri
arahan, tidak proaktif hendaklah diberi pilihan sama ada ditukarkan atau
menjadi guru biasa agar guna tenaga modal insan lebih optimum.
62) Lantikan pentadbir utama bukan fokus kepada gred DG48 sahaja tetapi
boleh libatkan DG44 sekiranya mereka lebih berkaliber dan optimis untuk
membantu pentadbiran sekolah.
63) Guru yang pernah menanggung kerja pentadbir hendaklah diutamakan
kerana mereka lebih berminat, cekap dan sudah ada pengalaman aspek
pentadbiran, tambahan pula ada yang telah membuktikan kecemerlangan
yang dicapai.
64) Penjadualan aktiviti koko sepanjang tahun harus diberi perhatian..
kadang-kadang bertindih antara akademik dan koko.. guru yang menguruskan
koko dan akademik tertekan.. begitu juga pelajar.
Contohnya: Pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan selang dua hari
dengan peperiksaan sebenar PT3.
65) Masih banyak sekolah yang kekurangan guru.. jadi banyak subjek
diberikan pada guru yang kurang pengetahuan bagi subjek tersebut..
graduan kan banyak.. kenapa tak dihantar ke sekolah???? Pelik
66) Satu lagi, semua Ketua Bidang dan Guru Kanan Mata Pelajaran
hendaklah diberikan elaun kerana beban tugas mereka sama walaupun
mereka di sekolah berbeza gred.
67) Mohon mewujudkan jawatan khas warden asrama bukan guru.
Guru yang ditugaskan menjadi warden berasa tertekan dan hilang
fokus kepada kerja hakiki kerana terpaksa bertugas 24 jam.
68) Memastikan bilangan murid dalam satu kelas tidak melebihi
25 orang
69) Mohon sukatan pelajaran Matematik dikurangkan dan rendah
sikit tahap penguasaan terutama sekolah rendah, tidak dimasukkan
tajuk sekolah menengah supaya murid dapat kukuh fakta asas dan
tajuk lain. Fikirkan sekali murid yang luar bandar.
70) Kaji semula frogvle:
- Selidik semula kemudahan infrastruktur:
*Komputer
*Internet
71) Selaraskan sistem online
- Jangan asingkan. Jadikan satu agar mudah guru nak update,
elak kekeliruan. Bila terlalu banyak sistem guru pun keliru mana satu.
- Jika sistem online dihimpunkan dalam satu tempat ia akan memudahkan
guru, pihak PPD, JPN dan KPM untuk ‘trace & update.’
72) Wujudkan sistem pendidikan acuan sendiri (Malaysia)
- ‘Stop implement education’ dari negara luar.
- Kalau nak ambil pun, pastikan ia sesuai utk diamalkan di Malaysia.
73) Kaji semula infrastruktur/kemudahan asas di sekolah
- Kerusi dan meja yang lama perlu diganti.
74) Hentikan tambah pelbagai perkara dalam prasekolah. Saya faham
prasekolah tempat di mana murid amat mudah dibentuk dan diajar dengan
perkara baharu tetapi, jika terlalu banyak perkara ditambah dalam kurikulum
dan aktiviti yang sedia ada. Saya khuatir guru pra tak dapat laksanakan dengan baik.
75) Beri peluang murid berinteraksi dgn golongan OKU. Agar murid tahu
bagaimana untuk berkomunikasi dan belajar cara menghormati golongan OKU.
- Lahirkan generasi yang peka dgn masyarakat.
- Belajar memahami individu yg kelainan upaya.
- Tanamkan sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
76) Hantar guru ke Finland setahun. Belajar daripada dasar pendidikan
terbaik dunia.
77) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkenalkan semula khusus
kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
78) Setiap kelas dilengkapi peralatan TV LCD atau projektor, Speaker
dan pendingin hawa.
79) Pelajar dalam kelas dihadkan hanya 25 orang.
80) Waktu rehat pelajar selama satu jam.
81) Waktu sekolah dari jam 8 pagi dan balik pada jam 1 petang.
82) Mata pelajaran Geografi wajib belajar dari tingkatan 1-5.
83) Semua bahagian seperti bahagian sekolah harian, SBP, TekVok,
BPi, Sek Sukan digabungkan menjadi satu. Lebihan pegawai di KPM
hantar ke sekolah jadi cikgu.
84) Kurangkan bilangan pegawai di PPD, kembali ke sekolah menjadi guru.
85) Ringankan beban pendidik drpd kerja2 pengkeranian, filling,
e- dll, agar pendidik lebih fokus dlm PDP.
86) Kaji semula sistem pendidikan, pelajar bukan tikus makmal. Sistem
dulu lebih baik dari sekarang dan tahap pendidikan lebih berkualiti.
Jangan kerana inginkan ramai anak yang berada dalam sistem
pendidikan, atau dapat ke menara gading, direndahkan martabat
pendidikan. Finland mempunyai sistem pendidikan yang terbaik.
87) Beri kelonggaran kepada guru untuk menjalankan pdpc mengikut
kreativiti guru. Pdpc tidak sepatutnya hanya di kelas sahaja. Banyak
sekolah tidak membenarkan program lain dijalankan pada waktu
persekolahan contohnya hari sukan, pertandingan minggu akademik
pada hal aktiviti berikut juga merupakan elemen dalam pdpc.
88) Pengambilan guru akan datang perlu diutamakan kepada graduan
yang layak sahaja bukannya mengambil guru yang belum mempunyai
ikhtisas dalam pendidikan.
89) Syarat menjadi pengetua bukan adanya NPQEL tetapi yang lebih
penting prestasi semasa, komitmen, pengalaman dan juga penilaian
daripada guru.
90) Guru diberi sedikit peluang utk menilai pengetua dan pentadbir
seperti mana pentadbir menilai guru.
91) Kurangkan bilangan murid dalam setiap bilik darjah kepada
15 hingga 20 murid sahaja
92) Hentikan sistem ranking sekolah bagi elakkan murid dilatih
untuk skor exam semata-mata dan bukannya untuk peningkatan kendiri
pada masa akan datang.
93) Luluskan mohon tukar yang dah sekian lama tu, dah anak 4 pun tak
dapat lagi ikut suami
94) Tambah subjek wajib lulus PI dan BI.
95) Harap yuran sekolah tak bebankan ibu bapa.
96) Mohon Menteri Pendidikan baharu akan meletakkan syarat yang
ketat untuk makanan yang dijual di kantin sekolah. Cukup2 lah anak-anak
dihidangkan dengan nugget, sosej dan ‘serbamoknika’ makanan yang tidak
sihat. Minda yang sihat terbina daripada fizikal yang sihat. Fizikal yang sihat,
berasal daripada pemakanan yang sihat.
97) Mesin fotostat yang canggih yang boleh asing kertas soalan ikut set
dan staple.
98) Mohon kaji semula sukatan KSSM yang terlampau tinggi aras dan
tidak sesuai untuk tahap pelajar kebanyakan sukatan KSSM banyak
campur tangan daripada pihak lain yang berkepentingan. Sepatutnya
guru yang perlu sama duduk berbincang untuk menggubal sukatan.
99) Mansuh vle frog. Banyak lagi medium lain boleh guna.
Jangan tekan guru untuk menjawab surat tunjuk sebab tak capai
pengarah kpi penggunaan vle. Yang penting pdp sampai. Pelajar pun dapat
100) Gantikan peralatan komputer yang telah usang dan luput (PC dan Projector)
101) Hapuskan terus perjawatan yg tidak penting di PPD dan
JPN ( SIP dan SISC+, Sektor Jaminan Kualiti) Perkasakan
Jamaah Nazir sekolah sudah mencukupi.
102) Salurkan peruntukan Pengurusan Pembangunan dan Perolehan
terus ke PPD bagi mengelakkan birokrasi di JPN. Hapuskan perjawatan
Pembangunan dan Perolehan di JPN.
103) Kurangkan beban kerja guru dengan menghapuskan beberapa
aplikasi sistem pengkalan data yang tidak efisyen. Cukup dengan
satu atau dua sistem sahaja seperti EMIS ( gabung semula eg guru
dan eg-tukar) dan APDM.
104) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga
harus dihapuskan kerana banyak mendatangkan isu dan masalah
serta membebankan pengurusan sekolah. Guna kaedah lain yang
lebih efektif dan mempunyai kebolehpercayaan.
105) Memperkasa semula fungsi Institut Pendidikan Guru seluruh negara
yang berperanan melatih guru sama ada di peringkat rendah atau menengah.
Kembalikan elaun bulanan bagi guru pelatih.
**************************************************************************************************
Open letter to Minister of Education Maszlee Malik — Arran Hamilton
Published 11 hours ago on 22 May 2018
MAY 22 — Firstly, my hearty congratulations to you on your appointment.
Churchill once said that “Where there is great power there is great responsibility.” This proclamation perhaps applies to ministers of education more than most. For education is an essential nutrient to the lifeblood of the rakyat.
It is education that nurtures and transmits those core enlightenment values of reason, scientific inquiry, liberty, progress, tolerance, constitutional government and inter-state cooperation. It is also education that prepares Malaysia’s children to thrive in a future world we can’t yet fully imagine.
As education minister, I am sure that you will be proffered advice from all manner of folk on what needs to be done to improve the education system. The funny thing about education is that, unlike rocket science or basket weaving, almost everyone has an opinion on what works best. We all feel qualified to opine because we have all been longtime consumers of the product.
Some will argue that more funding is the answer. Others will suggest that teaching assistants, reduced class sizes or a curriculum overhaul is the panacea to cure all ills. Yet others will argue that we need more autonomies for schools or even public-private partnerships.
Unfortunately, all too often, these proclamations are based on anecdote, folklore and intuition — rather than robust evidence of impact.
My hope is that the ministry draws on those core enlightenment values of reason and scientific inquiry in divining what works best for Malaysia’s education system. In this regard, I have two pieces of good news.
The first is that educational researchers have been busy. In the last 50 years they have conducted more than 80,000 high quality studies involving more than 300 million students, to answer that illusive question of what works. This means we have access The path is ever-so-slightly illuminated.
The second piece of good news is that almost everything the ministry could do has some evidence of impact. According to the global data, the only things that directly harm learning are to suspend students, hold them back a year, inflict corporal punishment, lengthen school holidays, bore them or make them feel disliked.
Everything else sorta works. A classroom with a living, breathing teacher is the minimum viable product and Malaysia has these in abundance.
Given that everything sorta works, the more pertinent question is what works best? And now for some counter-intuitive news:
- It’s not about the money. The correlation between increasing school budgets and education outcomes is extremely low. Once a system has covered the basic costs of its teachers, buildings and teaching resources it quickly hits the law of diminishing returns. Each additional ringgit injected buys less and less improvement. And in purchasing power parity terms, Malaysia already has one of the better funded basic education systems.
- It’s not about reducing class size. Many systems have experimented with smaller class sizes and while it has led to some improvement, this has been much less than expected. To take advantage of smaller groups, teachers need a lot of additional training and support. It’s more effective to simply provide that extra training without the additional expense of hiring extra teachers or building extra classrooms. And it’s worth noting that Malaysia already has one of the better student-teacher ratios in the world.
- It’s not about hiring teaching assistants. To be sure, recruiting an army of teaching assistants will not harm learning. But the global data tells us that the massive additional staffing cost results in a below average gain in student achievement (or at least it did most of the other times it was tried). Where teaching assistants are deployed, teachers need significant training on how to work with them effectively. This training rarely happens: it’s expensive. And that additional high-quality teacher training on its own (i.e. minus the teaching assistants) is generally a more cost-effective way to improve student outcomes.
- It’s not about the buildings. Turning each SMK into a clone of an international school campus will also have negligible return. We just need to ensure that the existing buildings have appropriate levels of lighting, temperature and acoustics and that they are free from health and safety risks. The rest is merely window dressing to learning.
- It’s also not so much about the curriculum, school governance model, performance-related pay or external accountability systems. These are all structural things that are perhaps easier for Ministry officers to implement and to explain. But they have remarkably little impact on what happens inside classrooms when the doors are shut — because learning happens entirely in students’ heads.
So what is it about?
Largely it’s about teachers and what they believe. In the trade we call this Collective Teacher Efficacy. It basically means that where teachers believe, with every fibre of their being, that through their collective action they make a profound difference to student learning outcomes — they do.
It’s about the teacher’s ideology, their world view, their belief system, their theory of change. Belief is the key. Teachers that believe that the success or failure of their students is down to what they as teachers do in the classroom — are more effective.
Teachers that believe their central task is to evaluate the impact that they have on learning — are far more effective. Teachers that collaborate, form positive relationships and that enjoy the challenge of continually improving are [drumroll] far more effective.
The research tells us that reframing teachers’ beliefs is eight times more powerful than reducing class sizes or increasing school funding; five times more powerful than hiring teaching assistants or implementing new school governance models; and 15 times more powerful than charter schools or performance-related pay.
Teachers with high levels of collective efficacy are more successful because they are more evidence-informed about the actions they take and the strategies they use. Evidence-informed teachers engage in inquiry cycles where they experiment with pedagogies (interactions) that the research suggests are more effective.
These include: Building on students prior learning, using formative assessment, co-construction (setting clear learning intentions, success criteria and exemplars) and sharing power in the classroom (students working co-operatively and teachers and students learning with and from each other).
I suspect we won’t have to travel far to see examples of teachers and leaders with the right stuff. Although Malaysia has not scored as high as it might have wished in various international student assessment exercises — there are pockets of schools that are up there with the best that Hong Kong, Japan and Finland have to offer.
And I suspect they are achieving this within the existing structures, funding and governance arrangements — because of their collective teacher beliefs.
To be sure, scaling this up is hard. But it’s not impossible. It takes time because it requires educators to question and re-question their ingrained and sacred assumptions about what works best; and for the Ministry to provide a structured framework, support and permission for educators to engage in that mental acrobatics and classroom experimentation.
If the ministry invests unwaveringly in building that attitudinal cult of excellence, it is far more likely to unleash the latent talent that already resides in the system. This means all educators systematically questioning, trialing, evaluating and iterating based on the probabilities in the existing evidence-base, so that we collectively privilege evidence of impact above all else.
So, it’s more about the software (or mindware) than the hardware. And we enhance that mindware by nurturing relationships of trust and collaboration, and by coaxing educators to never stop evaluating the impact of what they do.
Godspeed, Maszlee.
* Arran Hamilton is innovation, research and evaluation vice president at Cognition Education (www.cognitioneducation.com) and lives in Kuala Lumpur.
** This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of Malay Mail
..............